Monday 7 April 2014

Keistimewaan Bahasa Arab

بسم الله الرحمن الرحيم

Bahasa Arab merupakan sebuah bahasa yang istimewa. Sehingga Allah SWT berkenaan berbicara kepada umat manusia dengan bahasa Arab melalui Al-Quran Al-Kareem. Kalau nak diikutkan Al-Quran itu bukan hanya ditujukan kepada bangsa Arab saja, melainkan untuk seluruh umat manusia sepanjang zaman. Tapi kenapa digunakan Bahasa Arab?

Allah SWT itu Maha Mengetahui, bahawa manusia itu memiliki ribuan jenis bahasa yang saling berbeza. Namun Dia telah menetapkan, hanya ada satu bahasa sahaja yang digunakannya untuk memberi petunjuk buat seantero umat manusia di alam ini, iaitu bahasa Arab.

Sebelum diutusnya nabi Muhammad SAW, memang Allah SWT berbicara kepada umat manusia dengan menggunakan bahasa kaum tersebut. Dan Allah SWT mengutus para nabi dari keturunan masing-masing  bangsa dan bahasa itu. Sebagaimana firman-Nya:

 Kami tidak mengutus seorang rasulpun, melainkan dengan bahasa kaumnya, supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka.
 (QS. Ibrahim: 4)

Namun bagi nabi yang terakhir iaitu nabi Muhammad, Allah SWT telah menetapkan keistimewaan tersendiri. Pertama, nabi terakhir itu benar-benar nabi yang terakhir diutuskan. Erti kata lain, setelah ini tidak akan ada lagi nabi, walaupun hari kiamat itu masih jauh (walahua’lam). Kedua, nabi itu hanya memiliki satu bahasa dan sudah tentu kitab suci yang diturunkan pun hanya satu bahasa saja. Dan bahasa yang ditetapkan adalah bahasa Arab.

Kemudian Allah SWT telah menetapkan cara manusia berkomunikasi dengan-Nya iaitu melalui ibadah solat yang mana pelaksanaannya dilaksanakan dengan menggunakan bahasa Arab. Solat itu menjadi tidak sah sekiranya tidak menggunakan bahasa Arab, ini tidak bermaksud bahawa Allah SWT tidak memahami bahasa selain dari bahasa Arab. Namun sengaja Allah SWT menetapkan bahawa ibadah solat kepada-Nya hanya boleh dilaksanakan dengan menggunakan bahasa Arab saja.

Lantas ketika agama Islam ini disebarkan ke seluruh penjuru dunia, para sahabat, tabi’in dan generasi seterusnya pun tetap menggunakan bahasa Arab. Al-Quran Al-Karim pun tidak pernah diterjemahkan ke dalam bahasa lain. Kalau pun suatu ketika diterjemahkan, maka terjemahannya itu tidak dianggap sebagai Al-Quran yang suci. Bahkan kitab-kitab yang ditulis para ulama di seluruh penjuru dunia tetap menggunakan bahasa Arab. Meski ulama itu bukan keturunan Arab dan tidak lahir di negeri Arab. Namun bahasa Arab telah dijadikan bahasa yang menyatukan dunia Islam, dari ujung barat Moroko hingga ujung timur Moroko. Hingga bahasa yang digunakan oleh umat Islam pun juga bahasa Arab.

Tentunya ada alasan yang kukuh bagi menyokong bahawa bahasa Arab yang dipilih Allah SWT untuk dijadikan bahasa komunikasi antara langit dan bumi. Para pakar bahasa Arab sering kali menyebutkan di antara keistimewaan itu antaranya ialah:

Bahasa Arab adalah induk dari semua bahasa manusia
Pendapat ini sering dikemukana ketika kita mempelajari sejarah suatu bahasa. Analisa yang sering digunakan adalah bahwa sejak manusia pertama, Nabi Adam a.s., menjejakkan kaki di atas bumi, beliau sudah pandai berbicara. Dan kerana sebelum beliau adalah penduduk syurga, di mana ada keterangan bahwa bahasa penduduk syurga adalah bahasa Arab di dalam suatu riwayat, maka secara automatik bahasa yang digunakan oleh Nabi Adam a.s. itu adalah bahasa Arab. Dan tentunya anak-anak keturunan Nabi Adam a.s. itu pun menggunakan bahasa Arab. Walaupun setelah itu jumlah mereka bertambah banyak dan tersebar ke berbagai benua, menjadi jutaan bahasa yang saling berbeza.

Bahasa Arab adalah Bahasa Tertua dan Abadi
Bahasa Inggeris sekarang ini boleh dikatakan bahawa paling popular di dunia, akan tetapi tidak ada bahasa yang mampu bertahan lama di muka bumi selain bahasa Arab. Sebab sejarah membuktikan bahwa sejak zaman Ibrahim Alaihissalam di muka bumi yang diperkirakan hidup pada abad 19 sebelum masehi, mereka tercatat sudah menggunakan bahasa Arab. Ini bererti, bahasa Arab paling tidak sudah digunakan oleh umat manusia sejak 40 abad yang lalu, atau 40.000 tahun. Bahkan analisa yang lebih jauh lagi menunjukkan bahwa bahasa Arab telah berusia lebih tua lagi. Karana bahasa Arab adalah bahasa yang digunakan Allah SWT untuk berfirman di dalam Al-Quran. Sementara Al-Quran itu sudah ada di sisi Allah SWT jauh sebelum awal mula diturunkan di masa Rasulullah SAW. Dan Allah SWT menjamin bahwa Al-Quran itu tidak akan lenyap hingga hari kiamat. Artinya, bahasa Arab adalah bahasa yang sudah jauh sebelum adanya peradaban manusia dan akan terus berlangsung hingga akhir dunia ini.

Bahasa Arab adalah Bahasa yang Paling Banyak Diserap
Bahkan pengaruh dari bahasa Arab boleh dikatakan hampir kepada semua bahasa yang ada saat ini. Bahasa-bahasa yang kita kenal sekarang ini, telah banyak menyerap kosa kata dan istilah dari bahasa Arab. Salah satunya adalah bahasa Inggeris dan tentunya bahasa Melayu. Bahkan bahasa ilmiyah di dunia sains pun tidak lepas dari pengaruh perkataan dari bahasa Arab. Istilah alkohol, aljabar, algoritme dan lainnya adalah pergaruh dari bahasa arab.

Bahasa Arab Memiliki Jumlah Perbendaharaan Kata yang Paling Banyak
Salah satu keistimewaan bahasa Arab lainnya adalah kekayaan dalam jumlah perbendaharaan kata. Mungkin karana usianya yang sudah tua namun masih digunakan hingga hari ini, sehingga penbendaharaan kata di dalam bahasa Arab menjadi sangat banyak. Sebagai contoh, salah satu peneliti bahasa Arab mengemukakan bahawa orang Arab punya 80 sinonim/seerti untuk kata yang bermakna unta. Dan mempunyai 200 sinonim untuk perkataan yang  bermakna anjing.

Wahh..baru tahu, bahasa Arab tu ada Keistimewaan tersendiri..

Sumber: 
http://azansite.wordpress.com/2008/05/22/keistimewaan-bahasa-arab-sebagai-bahasa-kitab-al-quran/

No comments:

Post a Comment