Thursday 3 April 2014

Apa itu Terjemahan?

بسم الله الرحمن الرحيم


Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat-memindahkan (karangan dll) drpd suatu bahasa kpd bahasa yg lain, mengalihbahasakan:.Daripada perkataan terjemah ini,terbitlah perkataan 'penterjemahan', 'penterjemah'  dan 'menterjemahkan'.
 
Dalam bahasa Arab juga menggunakan perkataan yang sebutannya serupa iaitu tarjama (ترجم), yutarjimu (يترجم), dan tarjamatan(ترجمة) (Louis Mal'uf, 1986: 60).  Ini merupakan salah satu contoh perkataan bahasa Melayu yang dipinjam daripada bahasa Arab. Adapun padanannya dalam bahasa Inggris adalah translation yang berasal dari kata kerja translate. 

Menurut Az-Zarqoni dalam Ainin (2003: 54), secara etimologis kata terjemahan digunakan untuk mengacu empat makna:  
1) Menyampaikan maklumat kepada orang lain yang maklumat tersebut tidak sampai kepadanya (berlainan bahasa). 
2) Mentafsirkan maklumat tersebut dengan bahasa yang sama dengan bahasa pembicaraan itu (maklumat). 
3) Mentafsirkan pembicaraan tadi dengan bahasa bukan bahasa pembicaraan,
4) Proses pengalihan dari satu bahasa ke bahasa yang lain. Perlu dibezakan antara kata penterjemahan dan terjemahan sebagai padanan dari translation. Kata penerjemahan mengandung pengertian proses alih bahasa, sedangkan kata terjemahan ialah hasil dari suatu terjemahan (M. Rudolf Nababan, 2003: 18). Hal ini sesuai dengan huraian oleh Katefurid (1991: 33) sebagimana berikut:
 الترجمة: أن يستبدل بمحتويات نص في لغة (لم) ما يقابلها من محتويات نص في لغة أخرى (له).


Sementara itu dalam Mu،jam al-mustalahat al- ،Arabiyyah fi al-lughah wa al-adab (1984:94) mentakrifkan terjemahan sebagai:

 إعادة كتابة موضوع معيّن بلغة غير اللغة التي كُتِبَ بها أصلا 
(menulis semula sesuatu perkara / topik dengan bahasa yang bukan bahasa asalnya). 

Bahasa mudah untuk lebih faham, maksud terjemah ialah memindahkan apa-apa teks atau yang seumpama dengannya daripada suatu bahasa kepada bahasa yang lain.

Persoalannya di sini, adakah perlu utuk belajar ilmu terjemahan? Di sini, saya berikan satu analogi di mana berlaku satu keadaan apabila dua orang yang mahu berkomunikasi tetapi hanya tahu bahasa masing-masing sahaja. Contohnya, si A yang hanya tahu berbahasa Melayu, si B yang hanya tahu berbahasa Arab dan si C hanya tahu bahasa Inggeris. Jika wujud pula si D yang tahu kedua-dua bahasa iaitu bahasa Melayu, bahasa Arab dan bahasa Inggeris maka si D boleh membantu menterjemahkan komunikasi si A, si B dan si Dyang mempunyai masalah dalam menyampaikan maklumat.

Biar gambar bercerita......




Kesimpulannya di sini, ilmu terjemahan ini sangat penting untuk memudahkan komunikasi sesama manusia seantero dunia, selaras dengan firman Allah iaitu:


يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬
Ertinya: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan dan bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).
 (Al-Hujurat: 49 :13)
 Jom Meningkatkan Himmah dalam meminati Bahasa Asing.. :)

 

No comments:

Post a Comment