Saturday 5 April 2014

Apa Hukum Belajar Bahasa Arab?

بسم الله الرحمن الرحيم

Anda seorang Muslim? Anda pandai baca Al-Quran? Al-Quran dalam bahasa apa ye? Agak-agak apabila ada orang bertanya kepada anda tentang hukum-hakam fiqh dapat jawab atau tidak. Contoh soalan mudah, "Abang, kalau adik tertinggal tahyat awal, solat adik sah tak? (fikir skejap, terhantuk kepala kat dinding sekejap. a'ah laa, sah ke tak..?). Itu baru soalan fiqh mudah. Disini kami ada sedikit perkongsian berkenaan Hukum Belajar Bahasa Arab. Adakah Wajib? Harus? Haram? atau Makruh? (Bagi orang yang tak pernah tahu pasal al-Quran mesti akan jawab Harus) Apa kaitan dengan fiqh mudah tadi? (macam tak berkait je)
Belajar Bahasa Arab merupakan Fardhu Kifayah, kerana ia merupakan jalan bagi memudahkan seorang itu memhami Al-Quran dan As-Sunnah. Fardu Kifayah? Ini bermaksud, sekiranya salah seorang dari ahli kairiah kampung belajar Bahasa Arab, maka penduduk di kampung itu terlepas darinya. Tapi sekiranya disandarkan hukum kepada setiap individu Muslim, maka hukumnya wajib mempelajarinya yang mana dalam amalan-amalan Fardu seperti bacaan dalam Solat, tidaklah sah sekiranya menggunakan bahasa Melayu untuk membaca Al-Fatihah tp wajib dalam bahasa Arab. 
Imam Syafie pernah berkata: "Wajib bagi tiap-tiap Muslim untuk belajar Bahasa Arab untuk mencapai kesungguhan dalam melaksanakan kefadhuannya iaitu ibadah." Jika bukan kerana untuk mengamalkan fardhu, maka hukum mempelajarinya ialah sunnah, selain yang ingin mengetahui selok-belok Syari’at Islam, kerana wajib bagi para Alim Syari’at belajar Bahasa Arab untuk memahami tentang Syari’at Qur’ani atau Syari’at Haditsi.

Alllah berfirman :
إِنَّآ أَنزَلۡنَـٰهُ قُرۡءَٲنًا عَرَبِيًّ۬ا لَّعَلَّكُمۡ تَعۡقِلُونَ 
[12:2]  Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.
 بِلِسَانٍ عَرَبِىٍّ۬ مُّبِينٍ۬
[26:195]  (Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata.
وَلَقَدۡ نَعۡلَمُ أَنَّهُمۡ يَقُولُونَ إِنَّمَا يُعَلِّمُهُ ۥ بَشَرٌ۬‌ۗ لِّسَانُ ٱلَّذِى يُلۡحِدُونَ إِلَيۡهِ أَعۡجَمِىٌّ۬ وَهَـٰذَا لِسَانٌ عَرَبِىٌّ۬ مُّبِينٌ
[16:103] Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa mereka yang musyrik itu berkata: Sebenarnya dia diajar oleh seorang manusia. (Padahal) bahasa orang yang mereka sandarkan tuduhan kepadanya itu ialah bahasa asing, sedang Al-Quran ini berbahasa Arab yang fasih nyata.

[840]. Bahasa ‘Ajam ialah bahasa selain bahasa Arab dan dapat juga berarti bahasa Arab yang tidak baik, karena orang yang dituduh mengajar Muhammad itu bukan orang Arab dan hanya tahu sedikit-sedikit bahasa Arab.

Dan banyak lagi dalil ayat-ayat yang lain, yang membuktikan bahwa AL-QUR’AN Berbahasa Arab dengan lisan Arab, bukan Berbahasa Ajam (selain Bahasa Arab) juga bukan dari lisan Ajam. maka jika ingin memahami dan menghayati al-Qur’an, fahamilah secara lisan Arab. AL-QUR’AN tidak akan  difahami tanpa pengetahuan secara lisan Arab.


Para Masyayikh berkata: Tidak boleh tidak (mesti), dalam menafsirkan Qur’an dan Hadits, harus mengetahui apa yang menjadi dalil atas apa yang dimaksudkan dan yang dikehendaki Allah dan Rasulnya dari lafaz-lafaz dan kalimat-kalimat, dan bagaiman cara memahami Firmannya. maka kita dituntut untuk mengetahui Bahsa Arab untuk menjelaskan pengertian dari maksud Firman Allah dan Sabda RasulNya. Begitu juga kita diharuskan mengetahui dalil-dalil secara Lafzhiy atas Ma’aniy. Kerana banyak yang salah langkah dalam beragama, kerana kurang fahamnya pada masalah ini. Sehingga mereka membawa-bawa Firman Allah dan Sabda Rasulullah sebagai dalil atas apa yang difatwakannya. Padahal yg dimaskudkan adalah sebaliknya. Ya Allah jauhkan Kami dari penyakit Kebodohan, Kejahilan dan Kesesatan (Allah, terhantuk kepala sekejap)

                     
Sumber: http://nahwusharaf.wordpress.com/perihal/

No comments:

Post a Comment