Nahwu dan sorof
merupakan bahagian dari ‘Ulumul ‘Arabiyyah, yang bertujuan untuk menjaga dari
kesalahan pengucapan mahupun tulisan. ‘Ulumul ‘Arabiyyah mengandungi 12 ilmu
berdasarkan dari kitab al Kawakib ad-Durriyyah karangan Syeikh Muhammad bin
Ahmad bin Abdulbari al-Ahdal yaitu :
“Ilmu Tashrif,
Nahwu, Ma’aani, Bayan, Badi’, ‘Arudh, Qawaafi, Qawanain Kitabah, Qawanain
Qira’at, Insya’ul Risalah wal Khitab, Muhadharah”.
Ilmu nahwu adalah
ilmu yang membahaskan tentang aturan akhir struktur kalimah (kata) apakah
berbentuk rafa’, nashab, jar, jazm,.
Sedangkan ilmu Sorof adalah ilmu yang membahaskan tentang shighah (bentuk) kalimah Arab dan
hal ihwalnya dari mulai huruf asli, tambahan, shohih, sampai kepada ‘illat-nya.
Dari kedua ilmu
ini kita dapat memahami dan mempelajari teks-teks bahasa Arab yang termaktub
dalam Alquran, Hadis, Syair-syair, serta qaul-qaul bijak para ulama’ terdahulu.
Sebagaimana telah
berkata Umar bin Al-khathab: “Pelajarilah bahasa Arab kerana sesungguhnya
bahasa Arab itu merupakan suatu bahagian dari bahasa kalian”
Seterusnya Imam
Al-Qhazali berkata di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin:
“Sesungguhnya
bahasa Arab dan Nahwu adalah suatu sarana untuk mengetahui Alquran dan sunnah
Nabi s.a.w. Keduanya bukanlah termasuk ilmu-ilmu syar’i akan tetapi wajib
hukumnya mendalami kedua ilmu tersebut kerana syar’iah ini datang dengan bahasa
Arab dan setiap syar’iah tidak akan jelas kecuali dengan suatu bahasa”.
Maka dengan hal
tersebut, bertetapanlah dengan sebuah kaedah fiqiyyah :
مَا لاَ يَتِمَّ الْواجِبُ
إِلاَّ بِهِ فَهُوَ وَاجِبُ
Ertinya: “Tidak
sempurna sesuatu kewajipan kecuali dengannya, maka ia dikira wajib”.
Disini penulis
menganjurkan kepada diri sendiri dan saudara/i seagama yang berada di dalam
menuntut ilmu agar mempelajari ilmu bahasa arab yang diantara pokoknya yaitu
ilmu Nahwu dan Shorof kerana ada beberapa alasan dan pertimbangan-pertimbangan
dimaksudkan adalah seperti berikut:
Untuk menjaga
lisan dari kesalahan yakni bahasa arab adalah bahasa al-Quran dan Hadits, di
mana keduanya adalah primer (pokok) ajaran Islam dan kandungan kedua sumber
ajaran Islam ini harus diamalkan. Sehubung dengan itu, terdapat juga
kitab-kitab yang ditulis oleh Para ulama’ sejak awal perkembangan Islam, di
mana kitab-kitab ini merupakan khazanah ajaran-ajaran dan ilmu-ilmu tentang
islam dan sebahagian besar dari kitab-kitab ini ditulis dalam bahasa Arab.
Untuk boleh mengamalkan, kandungan pokok dan cabang dari pecahan pokoknya
ajaran Islam ini - terlebih dahulu- haruslah difahami. kerana pokok dan
cabangnya berlaku di dalam bahasa Arab, maka haruslah dipelajari dan dikuasai
ilmu tentang bahasa Arab, diantaranya ilmu Nahwu dan Shorof. Alasan penulis
mengatakan begitu kerana masa sekarang banyak yang kurang faham dengan masalah
–masalah agama disebabkan mempelajarinya dari buku-buku terjemahan yang
terkadang-kadang masih banyak kesalahannya daripada teks asalnya sehingga
menyebabkan kesalahan penerapan tersebut dalam kehidupan seharian.
Akan lebih baik
bagi kita untuk mempelajari ilmu agama langsung dari sumber yang menggunakan
bahasa arab, dan untuk boleh berbahasa Arab yang merupakan bahasa Al-Quran kita
harus melalui mempelajari ilmu Nahwu dan Sorof kerana keduanya adalah Bapa dan
Ibunya ilmu. Sebagaimana kita ketahui dari nazham ini :
* الصرف أم العلوم * والنحو
أبوها
Hal ini memberi ispirasi bagi penulis, agar terus mendalami serta mengkaji
ilmu Nahwu dan Sorof dan ilmu yang bersangkutan dengan bahasa Arab agar diri
dan lainnya boleh memahami agama dengan jelas dan benar. Mudah-mudah diberi
Taufik bagiNYA kepada kita didalam mempelajari bahasa Arab diantaranya ilmu
Nahwu dan Sorof serta hal yang bersangkutannya.
Sumber:
http://arabbahasa.blogspot.com/2011/03/kenapa-perlunya-belajar-ilmu-nahwu.html
http://arabbahasa.blogspot.com/2011/03/kenapa-perlunya-belajar-ilmu-nahwu.html
No comments:
Post a Comment