Tuesday 1 April 2014

Perlu Ke Belajar Bahasa Lain?

  بسم الله الرحمن الرحيم

 

"Kita orang Melayu, kenapa perlu kuasai bahasa selain bahasa Melayu.?" 

"Buat apa nak susah belajar bahasa asing, kita bukannya keluar dari Malaysia pun."

 "Kau belajar bahasa koreo pun belum tentu pergi Korea." 
 
Ini mungkin persepsi dan reaksi dari sekelompok masyarakat yang endah tak endah untuk mempelajari bahasa lain dan perkara ini juga berlaku di dalam kalangan kelompok pelajar. Kenapa perkara sebegini berlaku? Adakah ini salah ibu yang melahirkan? atau bapa sebagai ketua keluarga? Atau guru-guru gagal menerapkan kefahaman dan sifat ingin tahu dalam kalangan pelajarnya? Mari kita renung seketika, apakah punca perkara ini berlaku?

Perkara ini mungkin berlaku diatas beberapa sebab:
Pelajar dan Masyarakat....
1) Tidak mengetahui bertapa pentingnya belajar bahasa lain.
2) Tidak mengetahui bertapa best dan syoknya belajar bahasa lain.
3) Tidak pernah berjumpa dengan orang asing yang bercakap bahasa asing.
4) Mempunyai sikap malas belajar dalam diri yang sukar untuk dikikis.
5) Cacat pendengaran dan penglihatan.


Cuba sekiranya situasi ini belaku kepada anda, agak-agak apa yang akan anda lakukan...






Mari kita renungkan bersama bahawa bertapa pentingnya mempelajari bahasa asing disamping memantapkan bahasa ibunda sedia ada. Jom mengIslah diri untuk keberuntungan bersama, masyarakat dan generasi yang akan datang.

No comments:

Post a Comment