Sunday 27 April 2014

Jom Belajar Buat Karangan Pendek

بسم الله الرحمن الرحيم

Post kali ini kami nak share sikit karangan pendek. Sambil baca melayu, baca juga ye bahasa Arab. Nak pandai kena ada usaha . Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

Saturday 26 April 2014

Cara-Cara Tambah Mufradat Arab

CARA-CARA  PENAMBAHAN  MUFRADAT   DALAM  DIRI  PELAJAR




1-      Menghafal 10 perkataan sehari atau  seminggu atau sebulan , mengikut kemampuan masing-masing.





2-      Tanam sifat tekun untuk mempelajari bahasa arab sehingga Berjaya menguasainya.





 
3-      Membaca buku –buku  ilmiah arab atau mendengar nasyid arab .





4-      Mempraktikkan 10 perkataan tersebut dalam membuat karangan atau berbual dengan rakan.

Saturday 19 April 2014

Alat Bantu Terjemahan

Antara alat bantu terjemahan yang sangat membantu yang diberitahu oleh guru kami ialah Kamus. Apa itu Kamus? Ana tahu yang antum/antunna semua mafhum dengan kamus. Tetapi tahukan anda kamus ada berapa jenis. Jom mengenali alat bantu yang dapat memudahkan kita dalam menterjemah..

Definisi Kamus
       Sejenis buku rujukan yang menerangkan makna perkataan, berfungsi untuk membantu para pengguna mengenal perkataan baru, mempunyai panduan sebutan, asal (etimologi) sesuatu perkataan, contoh penggunaan bagi sesuatu perkataan dan ada kalanya terdapat juga ilustrasi untuk menguatkan pemahaman pengguna. 

Jenis-Jenis Kamus
1) Kamus Ekabahasa 
    •Menggunakan satu bahasa ( kata-kata entri dan penjelasannya terdiri daripada bahasa yang sama)
    •Penyusunan dibuat berasaslan pembuktian data korpus (takrifan makna dibuat berdasarkan makna yang diberikan dalam contoh ayat). Cth: Kamus DewanQamus al-wasit dll.

2) Kamus Dwibahasa 
    •Menggunakan dua bahasa (kata masukan diberi padanan atau pemerian takrifnya dengan menggunakan bahasa lain). 
    •Contoh: Kamus Besar Arab-Melayu DewanKamus al-Marbawi dll.

3) Kamus Aneka Bahasa/Multi Bahasa : 
    •Sekurang-kurangnya menggunakan tiga bahasa.
    •Misalnya: Kamus Melayu-Cina-Inggeris susunan Yuen Boon Chan (2004)


Kamus Ekabahasa
Kamus ini digunapakai oleh para otai, antaranya Ustaz Faizi. Sekiranya anda sudah biasa menggunakan kamus ini sebagai alat bantu, in sya Allah segalanya akan mudah, macam Ustaz Faizi..

Kamus Dwibahasa
Kamus ini sering digunapakai sewaktu di sekolah rendah dan menengah


Kamus Aneka Bahasa
Kamus ni digunapakai oleh rakan-rakan sekelas ana yg belajar subjek ni. Antaranya...... 
(Aish..Malu pulak nak bagitahu

Monday 14 April 2014

Ilmu Nahwu & Sorof



بسم الله الرحمن الرحيم


Nahwu dan sorof merupakan bahagian dari ‘Ulumul ‘Arabiyyah, yang bertujuan untuk menjaga dari kesalahan pengucapan mahupun tulisan. ‘Ulumul ‘Arabiyyah mengandungi 12 ilmu berdasarkan dari kitab al Kawakib ad-Durriyyah karangan Syeikh Muhammad bin Ahmad bin Abdulbari al-Ahdal yaitu :
“Ilmu Tashrif, Nahwu, Ma’aani, Bayan, Badi’, ‘Arudh, Qawaafi, Qawanain Kitabah, Qawanain Qira’at, Insya’ul Risalah wal Khitab, Muhadharah”.

Ilmu nahwu adalah ilmu yang membahaskan tentang aturan akhir struktur kalimah (kata) apakah berbentuk rafa’, nashab, jar, jazm,.

Sedangkan ilmu Sorof adalah ilmu yang membahaskan tentang shighah (bentuk) kalimah Arab dan hal ihwalnya dari mulai huruf asli, tambahan, shohih, sampai kepada ‘illat-nya.

Dari kedua ilmu ini kita dapat memahami dan mempelajari teks-teks bahasa Arab yang termaktub dalam Alquran, Hadis, Syair-syair, serta qaul-qaul bijak para ulama’ terdahulu.

Sebagaimana telah berkata Umar bin Al-khathab: “Pelajarilah bahasa Arab kerana sesungguhnya bahasa Arab itu merupakan suatu bahagian dari bahasa kalian”

Seterusnya Imam Al-Qhazali berkata di dalam kitab Ihya’ Ulumuddin:
“Sesungguhnya bahasa Arab dan Nahwu adalah suatu sarana untuk mengetahui Alquran dan sunnah Nabi s.a.w. Keduanya bukanlah termasuk ilmu-ilmu syar’i akan tetapi wajib hukumnya mendalami kedua ilmu tersebut kerana syar’iah ini datang dengan bahasa Arab dan setiap syar’iah tidak akan jelas kecuali dengan suatu bahasa”.

Maka dengan hal tersebut, bertetapanlah dengan sebuah kaedah fiqiyyah :
مَا لاَ يَتِمَّ الْواجِبُ إِلاَّ بِهِ فَهُوَ وَاجِبُ
Ertinya: “Tidak sempurna sesuatu kewajipan kecuali dengannya, maka ia dikira wajib”.

Disini penulis menganjurkan kepada diri sendiri dan saudara/i seagama yang berada di dalam menuntut ilmu agar mempelajari ilmu bahasa arab yang diantara pokoknya yaitu ilmu Nahwu dan Shorof kerana ada beberapa alasan dan pertimbangan-pertimbangan dimaksudkan adalah seperti berikut:

Untuk menjaga lisan dari kesalahan yakni bahasa arab adalah bahasa al-Quran dan Hadits, di mana keduanya adalah primer (pokok) ajaran Islam dan kandungan kedua sumber ajaran Islam ini harus diamalkan. Sehubung dengan itu, terdapat juga kitab-kitab yang ditulis oleh Para ulama’ sejak awal perkembangan Islam, di mana kitab-kitab ini merupakan khazanah ajaran-ajaran dan ilmu-ilmu tentang islam dan sebahagian besar dari kitab-kitab ini ditulis dalam bahasa Arab. Untuk boleh mengamalkan, kandungan pokok dan cabang dari pecahan pokoknya ajaran Islam ini - terlebih dahulu- haruslah difahami. kerana pokok dan cabangnya berlaku di dalam bahasa Arab, maka haruslah dipelajari dan dikuasai ilmu tentang bahasa Arab, diantaranya ilmu Nahwu dan Shorof. Alasan penulis mengatakan begitu kerana masa sekarang banyak yang kurang faham dengan masalah –masalah agama disebabkan mempelajarinya dari buku-buku terjemahan yang terkadang-kadang masih banyak kesalahannya daripada teks asalnya sehingga menyebabkan kesalahan penerapan tersebut dalam kehidupan seharian.

Akan lebih baik bagi kita untuk mempelajari ilmu agama langsung dari sumber yang menggunakan bahasa arab, dan untuk boleh berbahasa Arab yang merupakan bahasa Al-Quran kita harus melalui mempelajari ilmu Nahwu dan Sorof kerana keduanya adalah Bapa dan Ibunya ilmu. Sebagaimana kita ketahui dari nazham ini :

* الصرف أم العلوم * والنحو أبوها

Hal ini memberi ispirasi bagi penulis, agar terus mendalami serta mengkaji ilmu Nahwu dan Sorof dan ilmu yang bersangkutan dengan bahasa Arab agar diri dan lainnya boleh memahami agama dengan jelas dan benar. Mudah-mudah diberi Taufik bagiNYA kepada kita didalam mempelajari bahasa Arab diantaranya ilmu Nahwu dan Sorof serta hal yang bersangkutannya.

Sumber:
http://arabbahasa.blogspot.com/2011/03/kenapa-perlunya-belajar-ilmu-nahwu.html

Sunday 13 April 2014

Kelayakan Menterjemah

بسم الله الرحمن الرحيم

Post kali ini akan lebih membincangkan mengenai Kriteria-kriteria bagi seseorang penterjemahPada suatu masa dahulu, orang selalu menganggap bahawa, jika seseorang mengetahui dua bahasa, dia boleh menjadi penterjemah tanpa pengetahuan lain.  Kenyataan ini adalah tidak benar kerana bidang penterjemahan juga merupakan bidang kepakaran. Untuk menjadi penterjemah yang baik, anda perlu memenuhi empat syarat utama berikut :

 i.   Mengetahui bahasa sumber 
Bahasa sumber ialah bahasa asal yang akan diterjemah ke dalam bahasa kedua. Pengetahuan dalam bahasa sumber mestilah mendalam.  Seseorang itu harus mengetahui selok bahasa, keistimewaan dan keganjilan bahasa itu supaya dia memahami makna terkandung dalam teks asal.  Dengan itu, barulah dia dapat membuat terjemahan dengan tepat.

ii.   Mengetahui bahasa penerima
Bahasa penerima ialah bahasa yang akan diterjemahkan daripada teks asal.  Dengan kata lain, bahasa penerima ialah bahasa kedua.   Mengikut pakar penterjamah, seseorang penterjemah selain menguasai bahasa sumber dengan baik, dia mestilah menguasai bahasa penerima dengan lebih baik lagi.  Contohnya seseorang itu menterjemahkan teks daripada bahasa Cina ke dalam bahasa Melayu, penterjemah itu mestilah mengetahui bahasa Melayu lebih baik daripada bahasa Cina, atau sama baik dalam kedua-dua bahasa itu.

iii.   Pengetahuan dalam bidang yang diterjemah 
Untuk memastikan agar makna atau maklumat dalam teks asal dapat diterjemahkan dengan tepat ke dalam bahasa penerima, seseorang penterjemah itu perlu mengetahui bidang yang hendak diterjemah itu dengan mendalam.  Penguasaan bahasa yang baik tidak mencukupi untuk menjadi penterjemah yang baik, terutama dalam bidang profesional seperti undang-undang, sains, teknologi, falsafah dan karya kesusasteraan.

iv.   Mengetahui teori dan amalan terjemahan 
Bidang penterjemahan telah melahirkan teori dan kaedah ilmiahnya sendiri.  Oleh itu, adalah penting bagi penterjemah melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan dalam teori dan amalan sebelum memulakan kerja penterjemahan.


Selain empat syarat di atas, terdapat satu perkara yang harus dimiliki oleh seseorang penterjemah. Sebagai manusia, pentejremah mempunyai perasaan, pendirian, nilai, dan sikap tertentu. Perkara ini menyebabkan penterjemah itu dipengaruhi oleh pandnagan tersebut semasa melakukan penterjemahan. Dia mungkin mempunyai pendapat yang berlawanan dengan pengarang, atau dia mungkin bersetuju dengan idea pengarang, tetapi tidak menyukai cara pengarang itu menyampaikan idea tersebut. Persamaan atau perbezaan pendapat antara pengarang dan penterjemah mungkin terbawa-bawa dalam tugas terjemahan. 

Namun begitu, penterjemah tidak harus membiarkan sikap sendiri mempengaruhi terjemahannya. Dia mestilah cuba sedaya upaya untuk mengelakkan diri daripada melakukan sesuatu yang bertentangan dengan maksud asal pengarang, sebaliknya cuba mengekalkan maksud asal dan pendirian pengarang. Dengan itu, barulah penterjemah itu melakukan terjemahan dengan baik

Saturday 12 April 2014

Tokoh Pengasas

بسم الله الرحمن الرحيم

Post untuk kali ini akan diceritakan seorang otai yang telah banyak menyumbang dalam penyusunan ilmu Nahu Arab iaitu 'Tokoh Pengasas Ilmu Nahu B.Arab'. Nahuu? Wahh.. best Sangat.. (Tapi Muka Takut-takut je) :). Apa-apa pun, dalam mempelajari sesuatu, kita mestilah memahami apa yang hendak dipelajari. Jom Kenal..

Biografi Abu Aswad al-Du’ali
Tiga tahun sebelum Nabi Muhammad S.A.W. diangkat menjadi nabi lahirlah seorang tokoh yang terkenal di dalam ilmu Nahu iaitu Abu Aswad al-Du’ali, beliau dari kalangan keturunan kinanah. Nama penuh beliau ialah Zalim b. ‘Amru b. Sufyan b. Jandal b. Ya’mur b. Hils b. Nufathah b. ‘Adiyy b. al-Du’al b. Bakr b. Kinanah.

Sungguhpun Abu Aswad al-Du’ali lahir pada zaman Nabi Muhammad S.A.W. namun beliau bukanlah dari kalangan sahabat Nabi Muhammad S.A.W. tetapi beliau adalah dari kalangan tabiin. Ini adalah disebabkan beliau tidak pernah berjumpa dengan Nabi Muhammad S.A.W. Pada zaman Khalifah Umar al-Khattab, Abu Aswad al-Du’ali telah berhijrah ke Basrah dan menetap di sana. Sebuah masjid yang didirikan di sana dinamakan sempen nama beliau.

Hubungan Abu Aswad al-Du’ali dengan Saidina Ali bin Abi Talib sangat rapat dan beliau akan sentiasa menyebelahi Ali R.A di dalam apa jua situasi. Keakraban di antara Abu Aswad al-Du’ali dan juga Ali R.A. menyebabkan Mu’awiyah telah cuba mengambil hati Abu Aswad al-Du’ali untuk menyebelahinya namun disebabkan Abu Aswad al-Du’ali begitu setia dengan Ali R.A. maka usaha Mu’awiyah untuk memujuk beliau telah gagal.

Abu Aswad al-Du’ali pernah keluar berperang bersama-sama Ali R.A. di dalam peperangan al-Jamal dan Siffin. Ketika di dalam peperangan al-Jamal, Abu Aswad al-Du’ali telah dihantar oleh gebenor Basrah pada ketika itu iaitu Uthman b. Hanif untuk menjadi utusan perbincangan manakala Abdullah b. Abbas pula pernah melantik Abu Aswad al-Du’ali untuk mengetuai tentera Islam di dalam memerangi pihak Khawarij di kawasan Basrah.

                           


Sumbangan Abu Aswad al-Du’ali Di Dalam Ilmu Nahu Bahasa Arab
Ali R.A. adalah merupakan guru kepada Abu Aswad al-Du’ali di mana Abu Aswad al-Du’ali telah mempelajari ilmu Fiqh, al-Quran serta ilmu Nahu dari Ali R.A. mungkin disebabkan ini jugalah menjadikan hubungan Abu Aswad al-Du’ali dengan Ali R.A. menjadi begitu rapat.  Selain menuntut ilmu dengan Ali R.A. Abu Aswad al-Du’ali turut meriwayatkan hadis daripada beliau. Selain meriwayatkan hadis daripada Ali R.A., Abu Aswad al-Du’ali juga ada meriwayatkan hadis daripada Ibn Abbas, Ibn Mas’ud dan Abu Dhar al-Ghifari R.A.

Berkembangnya Islam menyebabkan berlaku percampuran di antara orang Arab dan juga bangsa-bangsa lain yang bukan berbangsa Arab (orang Ajam). Keadaan ini juga menyebabkan berlakunya percampuran bahasa di antara orang Arab dan juga bukan Arab yang mengakibatkan kerosakan di dalam bahasa Arab atau disebut lahn  (لحن)


Situasi ini sekiranya dibiarkan akan memberi kesan buruk kepada bahasa Arab yang juga merupakan bahasa al-Quran dan juga bahasa Hadis. Prihatin dengan perkara ini maka Ali R.A. telah meminta Abu Aswad al-Du’ali untuk menyusun ilmu berkaitan Nahu. Kisah ini telah diriwayatkan di mana pada satu ketika Abu Aswad al-Du’ali telah datang mengadap Ali R.A. pada waktu itu terdapat lembaran kertas di tangan Ali R.A., Abu Aswad al-Du’ali pun bertanya kepada Ali R.A. tentang kertas tersebut. 
Kemudian Ali R.A. telah menjawab beliau berhajat untuk menyusun mengenai bahasa Arab supaya ia boleh menjadi rujukan dan panduan kepada orang-orang Arab yang mana bahasanya telah tercemar akibat pergaulan dan percampuran mereka dengan orang-orang yang bukan berbangsa Arab. Setelah itu Ali bin Abi Talib R.A. telah meminta Abu Aswad al-Du’ali untuk meneruskan tugas tersebut. Maka Abu Aswad al-Du’ali menjalankan tugas yang telah diarahkan oleh Saidina Ali R.A. di dalam  menyusun kaedah Nahu demi menjaga keaslian bahasa Arab dari tercemar dan rosak. Kisah ini adalah merupakan hujjah yang mengaitkan Abu Aswad al-Du’ali sebagai tokoh pengasas ilmu Nahu.


Meletakkan Titik Pada Huruf al-Quran
Selain terlibat menyumbang bakti di dalam penyusunan kaedah Nahu bahasa Arab, Abu Aswad al-Du’ali juga terlibat di dalam meletakkan titik / nuqat pada huruf-huruf di dalam bahasa Arab / ayat-ayat al-Quran. Tulisan atau huruf-huruf bahasa Arab / ayat-ayat al-Quran yang mempunyai titik seperti yang kita lihat pada zaman ini pada asalnya huruf-huruf tersebut tidak mempunyai titik tetapi ia ditambah kemudian. Arahan untuk meletakkan titik / nuqat pada huruf Hijaiyah telah dibuat oleh Ziad bin Abu Ziad seorang pemimpin Basrah pada zaman pemerintahan Khalifah Mu’awiyah bin Abu Sufian.


Sumber:
http://yazidothman.blogspot.com/2012/07/abu-aswad-al-duali-tokoh-pengasas-ilmu.html

Monday 7 April 2014

Keistimewaan Bahasa Arab

بسم الله الرحمن الرحيم

Bahasa Arab merupakan sebuah bahasa yang istimewa. Sehingga Allah SWT berkenaan berbicara kepada umat manusia dengan bahasa Arab melalui Al-Quran Al-Kareem. Kalau nak diikutkan Al-Quran itu bukan hanya ditujukan kepada bangsa Arab saja, melainkan untuk seluruh umat manusia sepanjang zaman. Tapi kenapa digunakan Bahasa Arab?

Allah SWT itu Maha Mengetahui, bahawa manusia itu memiliki ribuan jenis bahasa yang saling berbeza. Namun Dia telah menetapkan, hanya ada satu bahasa sahaja yang digunakannya untuk memberi petunjuk buat seantero umat manusia di alam ini, iaitu bahasa Arab.

Sebelum diutusnya nabi Muhammad SAW, memang Allah SWT berbicara kepada umat manusia dengan menggunakan bahasa kaum tersebut. Dan Allah SWT mengutus para nabi dari keturunan masing-masing  bangsa dan bahasa itu. Sebagaimana firman-Nya:

 Kami tidak mengutus seorang rasulpun, melainkan dengan bahasa kaumnya, supaya ia dapat memberi penjelasan dengan terang kepada mereka.
 (QS. Ibrahim: 4)

Namun bagi nabi yang terakhir iaitu nabi Muhammad, Allah SWT telah menetapkan keistimewaan tersendiri. Pertama, nabi terakhir itu benar-benar nabi yang terakhir diutuskan. Erti kata lain, setelah ini tidak akan ada lagi nabi, walaupun hari kiamat itu masih jauh (walahua’lam). Kedua, nabi itu hanya memiliki satu bahasa dan sudah tentu kitab suci yang diturunkan pun hanya satu bahasa saja. Dan bahasa yang ditetapkan adalah bahasa Arab.

Kemudian Allah SWT telah menetapkan cara manusia berkomunikasi dengan-Nya iaitu melalui ibadah solat yang mana pelaksanaannya dilaksanakan dengan menggunakan bahasa Arab. Solat itu menjadi tidak sah sekiranya tidak menggunakan bahasa Arab, ini tidak bermaksud bahawa Allah SWT tidak memahami bahasa selain dari bahasa Arab. Namun sengaja Allah SWT menetapkan bahawa ibadah solat kepada-Nya hanya boleh dilaksanakan dengan menggunakan bahasa Arab saja.

Lantas ketika agama Islam ini disebarkan ke seluruh penjuru dunia, para sahabat, tabi’in dan generasi seterusnya pun tetap menggunakan bahasa Arab. Al-Quran Al-Karim pun tidak pernah diterjemahkan ke dalam bahasa lain. Kalau pun suatu ketika diterjemahkan, maka terjemahannya itu tidak dianggap sebagai Al-Quran yang suci. Bahkan kitab-kitab yang ditulis para ulama di seluruh penjuru dunia tetap menggunakan bahasa Arab. Meski ulama itu bukan keturunan Arab dan tidak lahir di negeri Arab. Namun bahasa Arab telah dijadikan bahasa yang menyatukan dunia Islam, dari ujung barat Moroko hingga ujung timur Moroko. Hingga bahasa yang digunakan oleh umat Islam pun juga bahasa Arab.

Tentunya ada alasan yang kukuh bagi menyokong bahawa bahasa Arab yang dipilih Allah SWT untuk dijadikan bahasa komunikasi antara langit dan bumi. Para pakar bahasa Arab sering kali menyebutkan di antara keistimewaan itu antaranya ialah:

Bahasa Arab adalah induk dari semua bahasa manusia
Pendapat ini sering dikemukana ketika kita mempelajari sejarah suatu bahasa. Analisa yang sering digunakan adalah bahwa sejak manusia pertama, Nabi Adam a.s., menjejakkan kaki di atas bumi, beliau sudah pandai berbicara. Dan kerana sebelum beliau adalah penduduk syurga, di mana ada keterangan bahwa bahasa penduduk syurga adalah bahasa Arab di dalam suatu riwayat, maka secara automatik bahasa yang digunakan oleh Nabi Adam a.s. itu adalah bahasa Arab. Dan tentunya anak-anak keturunan Nabi Adam a.s. itu pun menggunakan bahasa Arab. Walaupun setelah itu jumlah mereka bertambah banyak dan tersebar ke berbagai benua, menjadi jutaan bahasa yang saling berbeza.

Bahasa Arab adalah Bahasa Tertua dan Abadi
Bahasa Inggeris sekarang ini boleh dikatakan bahawa paling popular di dunia, akan tetapi tidak ada bahasa yang mampu bertahan lama di muka bumi selain bahasa Arab. Sebab sejarah membuktikan bahwa sejak zaman Ibrahim Alaihissalam di muka bumi yang diperkirakan hidup pada abad 19 sebelum masehi, mereka tercatat sudah menggunakan bahasa Arab. Ini bererti, bahasa Arab paling tidak sudah digunakan oleh umat manusia sejak 40 abad yang lalu, atau 40.000 tahun. Bahkan analisa yang lebih jauh lagi menunjukkan bahwa bahasa Arab telah berusia lebih tua lagi. Karana bahasa Arab adalah bahasa yang digunakan Allah SWT untuk berfirman di dalam Al-Quran. Sementara Al-Quran itu sudah ada di sisi Allah SWT jauh sebelum awal mula diturunkan di masa Rasulullah SAW. Dan Allah SWT menjamin bahwa Al-Quran itu tidak akan lenyap hingga hari kiamat. Artinya, bahasa Arab adalah bahasa yang sudah jauh sebelum adanya peradaban manusia dan akan terus berlangsung hingga akhir dunia ini.

Bahasa Arab adalah Bahasa yang Paling Banyak Diserap
Bahkan pengaruh dari bahasa Arab boleh dikatakan hampir kepada semua bahasa yang ada saat ini. Bahasa-bahasa yang kita kenal sekarang ini, telah banyak menyerap kosa kata dan istilah dari bahasa Arab. Salah satunya adalah bahasa Inggeris dan tentunya bahasa Melayu. Bahkan bahasa ilmiyah di dunia sains pun tidak lepas dari pengaruh perkataan dari bahasa Arab. Istilah alkohol, aljabar, algoritme dan lainnya adalah pergaruh dari bahasa arab.

Bahasa Arab Memiliki Jumlah Perbendaharaan Kata yang Paling Banyak
Salah satu keistimewaan bahasa Arab lainnya adalah kekayaan dalam jumlah perbendaharaan kata. Mungkin karana usianya yang sudah tua namun masih digunakan hingga hari ini, sehingga penbendaharaan kata di dalam bahasa Arab menjadi sangat banyak. Sebagai contoh, salah satu peneliti bahasa Arab mengemukakan bahawa orang Arab punya 80 sinonim/seerti untuk kata yang bermakna unta. Dan mempunyai 200 sinonim untuk perkataan yang  bermakna anjing.

Wahh..baru tahu, bahasa Arab tu ada Keistimewaan tersendiri..

Sumber: 
http://azansite.wordpress.com/2008/05/22/keistimewaan-bahasa-arab-sebagai-bahasa-kitab-al-quran/

Saturday 5 April 2014

Apa Hukum Belajar Bahasa Arab?

بسم الله الرحمن الرحيم

Anda seorang Muslim? Anda pandai baca Al-Quran? Al-Quran dalam bahasa apa ye? Agak-agak apabila ada orang bertanya kepada anda tentang hukum-hakam fiqh dapat jawab atau tidak. Contoh soalan mudah, "Abang, kalau adik tertinggal tahyat awal, solat adik sah tak? (fikir skejap, terhantuk kepala kat dinding sekejap. a'ah laa, sah ke tak..?). Itu baru soalan fiqh mudah. Disini kami ada sedikit perkongsian berkenaan Hukum Belajar Bahasa Arab. Adakah Wajib? Harus? Haram? atau Makruh? (Bagi orang yang tak pernah tahu pasal al-Quran mesti akan jawab Harus) Apa kaitan dengan fiqh mudah tadi? (macam tak berkait je)
Belajar Bahasa Arab merupakan Fardhu Kifayah, kerana ia merupakan jalan bagi memudahkan seorang itu memhami Al-Quran dan As-Sunnah. Fardu Kifayah? Ini bermaksud, sekiranya salah seorang dari ahli kairiah kampung belajar Bahasa Arab, maka penduduk di kampung itu terlepas darinya. Tapi sekiranya disandarkan hukum kepada setiap individu Muslim, maka hukumnya wajib mempelajarinya yang mana dalam amalan-amalan Fardu seperti bacaan dalam Solat, tidaklah sah sekiranya menggunakan bahasa Melayu untuk membaca Al-Fatihah tp wajib dalam bahasa Arab. 
Imam Syafie pernah berkata: "Wajib bagi tiap-tiap Muslim untuk belajar Bahasa Arab untuk mencapai kesungguhan dalam melaksanakan kefadhuannya iaitu ibadah." Jika bukan kerana untuk mengamalkan fardhu, maka hukum mempelajarinya ialah sunnah, selain yang ingin mengetahui selok-belok Syari’at Islam, kerana wajib bagi para Alim Syari’at belajar Bahasa Arab untuk memahami tentang Syari’at Qur’ani atau Syari’at Haditsi.

Alllah berfirman :
إِنَّآ أَنزَلۡنَـٰهُ قُرۡءَٲنًا عَرَبِيًّ۬ا لَّعَلَّكُمۡ تَعۡقِلُونَ 
[12:2]  Sesungguhnya Kami menurunkan kitab itu sebagai Quran yang dibaca dengan bahasa Arab, supaya kamu (menggunakan akal untuk) memahaminya.
 بِلِسَانٍ عَرَبِىٍّ۬ مُّبِينٍ۬
[26:195]  (Ia diturunkan) dengan bahasa Arab yang fasih serta terang nyata.
وَلَقَدۡ نَعۡلَمُ أَنَّهُمۡ يَقُولُونَ إِنَّمَا يُعَلِّمُهُ ۥ بَشَرٌ۬‌ۗ لِّسَانُ ٱلَّذِى يُلۡحِدُونَ إِلَيۡهِ أَعۡجَمِىٌّ۬ وَهَـٰذَا لِسَانٌ عَرَبِىٌّ۬ مُّبِينٌ
[16:103] Dan demi sesungguhnya Kami mengetahui, bahawa mereka yang musyrik itu berkata: Sebenarnya dia diajar oleh seorang manusia. (Padahal) bahasa orang yang mereka sandarkan tuduhan kepadanya itu ialah bahasa asing, sedang Al-Quran ini berbahasa Arab yang fasih nyata.

[840]. Bahasa ‘Ajam ialah bahasa selain bahasa Arab dan dapat juga berarti bahasa Arab yang tidak baik, karena orang yang dituduh mengajar Muhammad itu bukan orang Arab dan hanya tahu sedikit-sedikit bahasa Arab.

Dan banyak lagi dalil ayat-ayat yang lain, yang membuktikan bahwa AL-QUR’AN Berbahasa Arab dengan lisan Arab, bukan Berbahasa Ajam (selain Bahasa Arab) juga bukan dari lisan Ajam. maka jika ingin memahami dan menghayati al-Qur’an, fahamilah secara lisan Arab. AL-QUR’AN tidak akan  difahami tanpa pengetahuan secara lisan Arab.


Para Masyayikh berkata: Tidak boleh tidak (mesti), dalam menafsirkan Qur’an dan Hadits, harus mengetahui apa yang menjadi dalil atas apa yang dimaksudkan dan yang dikehendaki Allah dan Rasulnya dari lafaz-lafaz dan kalimat-kalimat, dan bagaiman cara memahami Firmannya. maka kita dituntut untuk mengetahui Bahsa Arab untuk menjelaskan pengertian dari maksud Firman Allah dan Sabda RasulNya. Begitu juga kita diharuskan mengetahui dalil-dalil secara Lafzhiy atas Ma’aniy. Kerana banyak yang salah langkah dalam beragama, kerana kurang fahamnya pada masalah ini. Sehingga mereka membawa-bawa Firman Allah dan Sabda Rasulullah sebagai dalil atas apa yang difatwakannya. Padahal yg dimaskudkan adalah sebaliknya. Ya Allah jauhkan Kami dari penyakit Kebodohan, Kejahilan dan Kesesatan (Allah, terhantuk kepala sekejap)

                     
Sumber: http://nahwusharaf.wordpress.com/perihal/