Monday 5 May 2014

Holonim Vs Polisemi

بسم الله الرحمن الرحيم


Apa itu Homonim dan Polisemi? Haa.. mesti tak tahukan? Sharing is Caring. Ta'wun ila Taqwa. Untuk kali kami nak share sedikit berkenaan Homonim dan Polisemi atau lebih mudah Holonim Vs Polisemi. Untuk pengetahuan bahawa Holonim ni ada cabang-cabang dia yang antum/antunna kena tahu iaitu Homografi dan Homofon. Ok untuk penerangan lanjut berkenaan Homograf, Homofon, Homonim dan Polisemi, sila baca di bawah. InnAllah Ma' Assobribirin. Rajin-rajinkan membaca.

Perbezaan Homograf, Homofon, Homonim dan Polisemi

1) Homonim

- Dua kata atau lebih yang memiliki bentuk yang sama, sama ada dari segi sebutan, ejaan, atau kedua-duanya, dan mempunyai makna yang berbeza.

- Contohnya :
= Saya bisa membeli rumah. (bisa bermaksud dapat)
=Ahmad terkena bisa ular yang mematikan. (bisa di sini membawa maksud racun)

(a) Homofon

- Kata-kata yang sama sebutannya tetapi berbeza dari segi ejaan dan makna.
-Perkataan-perkataan yang homofon mungkin dieja dengan serupa atau berbeza.


-Contonya:
=Massa telah berkumpul di depan Istana Negara. (massa/masyarakat)
=Hidupnya senang sepanjang masa. ( masa/waktu)

-Contoh lain yang bersifat Homofon
=Sangsi ; bimbang atau ragu-ragu, sanksi ; (hukuman)

(b) Homograf

- Kata-kata yang sama ejaannya, tetapi sebutannya berbeza.

Contohnya:
=Ibu sedang masak rendang (rendang=makanan)
=Tidur di bawah pohon yang rendang amat nyaman. (rendang=pokok yang lebat)


2) Polisemi

- Adalah suatu kata yang mempunyai makna lebih dari satu.

Contohnya:
=Husni mempunyai hubungan darah dengan Hasan. (membawa makna konotasi)
= Tubuhnya berlumuran darah akibat terjatuh dari motosikalnya. (membawa maksud denotasi)

Penerangan lanjut mengenai Polisemi !


-Perhatikan kata darah pada ayat yang pertama yang bermaksud keluarga (makna konotasi), sedangkan darah pada ayat yang kedua bermaksud darah merah dalam tubuh kita (makna denotasi).

Sumber:
http://alkisiswa92.blogspot.com/2013/06/perbezaan-3ho-1p.html

No comments:

Post a Comment