بسم الله الرحمن الرحيم
Frasa ialah unit
yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya
dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi
dua perkataan atau lebih (Nik Safiah Karim et al 1996: 416).
Dalam bahasa Arab
dipanggil al-`ibarah, ataupun al-tarkib.
Jenis Frasa /
tarkib
Tarkib wasfi
Tarkib Idafi
`Ataf wa Ma`tuf
Alayh
Badal wa Mubdal
minhu
Taukid
Frasa Idiomatik /
al-tarkib al-istilahi
1: Tarkib Wasfi
(Sifah wa Mawsuf)
Contoh: اللغة العربية
Terjemahannya:
Bahasa Arab.
Sekiranya dalam
tarkib wasfi itu, terdapat lebih daripada satu sifat, maka perkataan dan atau
lagi boleh ditambah.
Contoh:الله الملك الحق
Terjemahannya:
Allah yang Maha Berkuasa lagi / dan Maha Benar.
Kata dan atau
lagi tidak perlu ditambah, kalau kata benda dan kata sifat yang pertama
didapati tidak mempunyai hubungan sebagai benda (yang disifati) dan hal yang
mensifati.
Contoh: نظام اخلاقي نظيف
Terjemahannya:
sistem etika yang bersih.
Contoh lain: جاء الرجل الفاضل أبوه
Terjemahannya:
Seorang lelaki yang ayahnya mulia telah datang
2. Tarkib Idafi
(Mudaf wa Mudaf Ilayh)
Kaedah Penterjemahan:
boleh diterjemahkan ke bahasa Melayu sebagaimana susunan kata bahasa Arabnya,
tanpa penmbahan atau perubahan apapun.
Contoh : وعي المسلمين
Terjemahannya:
kesedaran umat Islam.
3. `Ataf dan
Ma`tuf `Alayh
Frasa ini dapat
difahami sebagai golongan dua kata (atau lebih) secara sejajar, dihubungkan
dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, dan sebagainya. Tidak ada masalah
besar apabila menterjemahkan tarkib ini.
Contoh : هذه الحركة تحس للدعوة الصهيونية
والاستعمارية .
Terjemahannya:
Gerakan ini mengobarkan propaganda Zionisme dan imperialisme.
Sekiranya kata
hubung yang digunakan lebih daripada satu, maka dalam terjemahan, kata hubung
yang terakhir sahaja perlu diterjemahkan. Kata hubung yang sebelumnya boleh
dipadankan dengan koma sahaja.
Contoh:وأقدّم الشكر لأصدقائي محمد
وعلي وعمر
Terjemahannya: Saya mengucapkan terima kasih kepada
sahabat-sahabatku; Muhammad, Ali dan Umar.
4: Badal wa
Mubdal minhu
Contoh:سافر عميد الكلية الدراسات
الاسلامية الأستاذ الدكتورمحمد نصران محمد إلى سنغافورة .
Terjemahannya: Dekan Fakulti Pengajian Islam, Prof. Dr. Mohd Nasran Mohamad telah pergi ke Singapura.
Prof. Dr. Mohd Nasran Mohamad (badal)
5. Taukid
Ada 5 kata yang
sering digunakan, iaitu نفس , عين ,كل , جميع dan عامة.
Contoh:كان أسلافنا عامتهم يتحدثون
عن مفهوم دار الإسلام
Terjemahannya:
Majoriti ulama kita dahulu pernah membincangkan konsep Dar al-Islam.
6. Frasa
Idiomatik
Dipanggil
al-`ibarah al-istilahiyyah dalam bahasa Arab.
Dari segi binaan,
frasa idiomatik Arab terbahagi kepada 3 jenis, iaitu:
- Frasa kata
kerja, seperti أَطلق ساقَيْهِِ لِلرِّيح dengan maknaجَرَى وهَرَبَ
(lari /melarikan diri).
- Frasa nama,
seperti خَفِيف الظِّلّ dengan makna ظَرِيف مَرِح (riang / ceria).
- Frasa sendi,
seperti بِرُمَّتِه
dengan makna كُلِّه وجَميعه
(semua sekali) (Mahmud Isma،il Sini et.
al 1996: ط)
Contoh lain:
Tidak boleh
diterjemahkan secara katawi.
· -
frasa رَغِبَ عَنْ
(tidak suka, tidak gemar, benci) dan رَغِبَ فِي (gemar, suka).
- - أخذَ بِيَد (فلان) dengan makna أعانه وساعَده
(membantu dan menolongnya), (فلان) طويل اللسان dengan makna بذيء وفاحش في القول (kasar dan buruk
kata-kata) dan وَضَعَهُ على الرَفِّ
dengan makna أَهْمَلَهُ وتَرَكَهُ
(mengabaikannya).
No comments:
Post a Comment