Fonem ialah bunyi bahasa yang menunjukkan perbezaan
erti. Misalnya kata bayang dan layang. Bunyinya hampir sama. Yang berbeza hanya [b] dan [l]. Tentulah bunyi-bunyi ini yang menyebabkan
perbezaan erti itu. Oleh itu /b/ dan /l/
ialah fonem. Fonem dan transkripsi fonem
diletakkan dalam kurungan / /.
Bunyi-bunyi yang berbeza dalam pasangan kata yang berikut
merupakan fonem-fonem yang berasingan.
Tabah - tapah tekak - tegak
Sabun - sabung baru -
balu
Wang - bang siang -
tiang
Pasangan kata yang menunjukkan perbezaan perkataan yang
paling kecil tetapi kedua-dua perkataan yang berpasangan itu mempunyai makna
yang berlainan, dinamakan pasangan minimal atau pasangan terkecil. Sekiranya
pasangan perkataan yang mempunyai perbezaan yang minimal tadi tidak berbeza
maknanya, maka bunyi yang berbeza itu bukanlah dua fonem yang berlainan tetapi
merupakan alofon dari satu fonem.
Keadaan ini disebut variasi atau kelainan bebas. Contoh:
/faham/ - /paham/ dan /bilik/ - /bili?/.
Selain daripada pasangan minimal yang dinyatakan di atas ,
terdapat lagi beberapa contoh yang akan diperjelaskan untuk lebih memberi
kefahaman yang mendalam. Contohnya perkataan kaya dan paya. Kedua perkataan ini
mempunyai makna yang berbeza, hal ini disebabkan oleh fonem k dan p.
Fonem seperti apa yang kita harus fahami ialah unit yang
terkecil yang dapat membezakan makna. Maka bunyi k dan p merupakan unit-unit
terkecil itu yang dapat membezakan makna perkataan kaya dan paya. Maka bunyi k
dan p boleh dikategorikan sebagai fonem yang membezakan makna. Oleh itu bunyi k
dan p diletakkan dalam kurungan fonem iaitu /k/ dan /p/.
Sumber:
http://cantikbahasa.blogspot.com/2012/11/fonem.html
No comments:
Post a Comment