Monday 12 May 2014

Apa itu Fonologi?

Untuk post kali ni, jom belajar berkenaan bahasa Melayu. Anda tahu apa itu Fonologi? Atau tidak mengetahui langsung bahawa fonologi itu ada hubungkait dengan tatabahasa Melayu. Oleh itu, Jom Belajar..

Fonologi
Satu bidang kajian atau ilmu cabang bahasa yang mengkaji bunyi-bunyi bahasa serta lambang-lambang yang ada pada setiap bunyi bagi sesuatu bahasa.

Konsep Bunyi, Fonem, Huruf dan Suku Kata
·         Konsep Bunyi - Bunyi sebutan dalam sistem Bahasa Melayu.
·         Fonem - Unit bunyi bahasa terkecil dan dapat membezakan makna kata. Fonem diwujudkan bagi kemudahan huraian sistem bunyi.
·         Huruf - Fonem-fonem bahasa diberi lambang tulisan berupa huruf. Huruf merupakan lambang dalam sistem bunyi bahasa yang membentuk parkataan dalam tulisan.Dalam abjad Romawi terdapat 26 lambang iaitu 21 konsonan dan lima fonem vokal.
·         Suku Kata Dalam Bahasa Melayu - Dalam Bahasa Melayu, setiap suku kata ditandai vokal yang mendahului atau mengikuti konsonan. Dalam ejaan, terdapat 11 pola suku kata.

Sistem Tulisan Bahasa Melayu
Dipercayai Bahasa Melayu ditulis dengan:

Tulisan Kawi


Tulisan Rencong. 


Kedatangan Arab melahirkan tulisan Jawi.




Kedatangan Barat menyebabkan tulisan Rumi terhasil.

Penggolongan Bunyi Bahasa

Alat-alat Pertuturan Manusia
- Setiap alat mempunyai fungsi tertentu sebagai alat pertuturan. Dua jenis alat pertuturan iaitu:
a. Artikulator
b. Titik Artikulasi
**Gambar Rajah Keratan Rentas Alat Pertuturan Manusia**

Bunyi-bunyi Bahasa
a. Alat-alat pertuturan manusia menghasilkan dua jenis bunyi, iaitu bahasa dan bukan bahasa iaitu gerak tubuh.
b. Bunyi bahasa terhasil daripada alat-alat pertuturan manusia. Terdapat 3 jenis bunyi bahasa iaitu vokal, konsonan dan bunyi diftong.
c. Bunyi bukan bahasa dihasilkan oleh alat-alat pertuturan tetapi mesej yang ingin disampaikan tidak difahami sepenuhnya.
- contoh; Bunyi batuk, berderham, pergerakan tangan.
Vokal
a. Bunyi vokal dihasilkan tanpa halangan , sekatan ataupun sisihan pada arus ugara yang dikeluarkan oleh paru-paru.
b. Terdapat 8 bunyi vokal iaitu 6 vokal asli dan 2 vokal pinjaman.


**Gambar rajah vokal**

Sifat-sifat Vokal
a. Bibir berkeadaan neuteral semasa menghasilkan bunyi vokal ini.
b. Vokal umumnya bersuara, pita suara akan bergetar.
c. Tiada sebarang sekatan, halangan atau geseran semasa vokal dihasilkan.

Kedudukan Vokal Dalam Bahasa Melayu
a. Vokal membentuk suku kata dan kata.
b. Vokal depan ( i, e, ε, a ) adalah pada suku kata. 
c. Vokal didahului oleh bunyi "hentian glotis".






Awal
Tengah Akhir
Terbuka
Akhir Tertutup
e
e/kor
Belas
Sate
Telek
i
i/bu
Bilah
Kali
Saling
a
a/yam
Malu
Saya
Botak





Cara Menghasilkan Bunyi Bahasa
A. Konsonan
a. Konsonan adalah bunyi-bunyi selain bunyi-bunyi vokal.
b. Bunyi konsonan dihasilkan oleh alat pertuturan manusia dengan membuat sekatan, halangan ataupun geseran.
c. Ketika dihasilkan, udara dari paru-paru akan menghasilkan sekatan di rongga mulut, tekak dan hidung.
d. Ada 18 konsonan asli dan 9 konsonan pinjaman.
e. Konsonan asli terdiri daripada,\;
- Bunyi letupan (Plosif)
- Bunyi letusan (Afrikat)
- Sengauan (Nasal)
- Geseran (Frikatif)
- Sisihan (Lateral)
- Getaran (Tril)
- Bunyi separuh vokal (Geluncuran)

Oo..baru tahu yang fonologi tu ada kaitan dengan bunyi bagi bahasa Melayu. In Sya Allah, Untuk post seterusnya ada perkaitan dengan fonologi juga iaitu fonem. (Fonem.? Kepala pening, terus pengsan)

Sumber: 
http://qcikgubm.blogspot.com/2011/08/sistem-fonologi-bahasa-melayu.html

No comments:

Post a Comment